Translate

Wednesday, April 3, 2013

Pemimpin yang terbaik

Jawatan itu bukanlah kebanggaan/kemuliaan, tetapi AMANAH yang harus dipertanggungjawabkan. Bukan saja di dunia, tetapi juga di akhirat.

Oleh kerananya, para Sahabat Nabi menangis ketika dipilih atau didaulat memegang jawatan sebagai pemimpin. Takut siksa neraka kerana tidak amanah;
kerana dosa pemimpin itu lebih besar berbanding rakyat biasa apabila melakukan kesalahan yang sama.

Setelah dilantik menjadi pemimpin, mereka harus meninggalkan pekerjaan-pekerjaan yang lain, kerana tanggungjawab harus diberikan untuk urus tadbir rakyatnya. Apabila ada rakyatnya yang teraniaya, maka ancaman siksa neraka menantinya.

Sebagai pemimpin, dia harus bersifat:-
- Shidiq
- Tabligh
- Amanah
- Fathanah

Pemimpin dalam Islam menyedekahkan kekayaannya untuk rakyat, bukan mencari kekayaan apabila menjadi pemimpin.

Pemimpin dalam Islam hidup serderhana di tengah penderitaan dan kemiskinan rakyatnya, bukan bersenang-lenang dan bermewah-mewahan di atas penderitaan dan kesengsaraan rakyatnya.

Pemimpin dalam Islam yang terakhir sekali bertahan dalam kancah perjuangan (ekonomi dan politik) setelah seluruh rakyatnya selamat.

Itulah sebabnya para Sahabat tidak ada satu pun yang berebut kerusi atau jawatan. Takut dengan ancaman Allah apabila tidak amanah. Berbeza dengan orang-orang sekarang....

No comments:

Post a Comment